Wednesday, November 4, 2009

Kalimat syafaat di dalam al-Qur'an

Kalimat syafa'a dan syafi', daripada akar yang sama, diterjemah kepada syafaat, pengantara / pengantaraan atau mengantara di dalam Bacaan. Ayat-ayat yang mengandungi kalimat tersebut adalah seperti yang berikut:



2:48. Dan takutilah kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat membela jiwa yang lain sedikit pun, dan syafaat (pengantaraan) tidak diterima daripadanya, dan tidak juga sebarang keimbangan diambil daripadanya, dan tidak juga mereka ditolong.
(suatu jiwa tidak dapat menolong jiwa yang lain; syafaat tidak diterima)

2:123. Dan takutilah kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat membela jiwa yang lain sedikit pun, dan tidak diterima keimbangan daripadanya, dan tidak bermanfaat syafaat (pengantaraan) kepadanya, dan tidak juga mereka ditolong.
(syafaat tidak bermanfaat)

2:254. Wahai orang-orang yang percaya, nafkahkanlah daripada apa yang Kami merezekikan kamu, sebelum datang satu hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada persahabatan, dan tiada juga syafaat (pengantaraan); dan orang-orang yang tidak percaya - merekalah orang-orang yang zalim.
(tiada syafaat)

2:255. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang Kekal. Mengantuk tidak mengambil-Nya, dan tidak juga tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di dalam langit dan apa yang di dalam bumi. Siapakah dia yang akan mengantara di sisi-Nya, kecuali dengan izin-Nya? Dia mengetahui apa yang sebelum mereka, dan apa yang sesudah mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu daripada pengetahuannya, kecuali apa yang Dia mengkehendaki. Takhta-Nya merangkumi langit dan bumi, dan Dia tidak berasa tertekan menjaga keduanya; Dia Yang Tinggi, Yang Agung.

4:85. Sesiapa yang mengantara dengan pengantaraan yang baik, akan menerima sebahagian daripadanya, dan sesiapa yang mengantara dengan pengantaraan yang buruk, dia akan memikul yang serupa dengannya; Allah mempunyai kuasa atas segala sesuatu.
(orang yang mengantara dengan pengantaraan yang baik, dia sendiri akan menerima sebahagian daripadanya; orang yang mengantara dengan pengantaraan yang buruk, dia sendiri akan memikul yang serupa dengannya)

6:51. Dan berilah amaran dengannya kepada orang-orang yang takut bahawa mereka akan dikumpulkan kepada Pemelihara mereka; tidak ada bagi mereka, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung) dan tiada juga seorang pengantara, supaya mereka bertakwa.
(tiada seorang pengantara)

6:70. Dan tinggalkanlah orang-orang yang mengambil agama mereka untuk satu permainan, dan satu hiburan, dan yang kehidupan dunia menipu mereka. Peringatkanlah dengannya supaya sesuatu jiwa tidak dibinasakan kerana apa yang ia mengusahakan; selain daripada Allah, ia tidak ada wali (pelindung) dan tidak ada pengantara, dan jika ia menebus dengan yang setara, ia tidak akan diambil daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dibinasakan kerana apa yang mereka mengusahakan. Bagi mereka, minuman daripada air yang mendidih, dan azab yang pedih, kerana mereka tidak percaya.
(tiada pengantara)

6:94. "Sesungguhnya kamu datang kepada Kami bersendirian, seperti Kami mencipta kamu pada kali pertama, dan kamu meninggalkan apa yang Kami mengurniakan kepada kamu di belakang punggung kamu. Kami tidak melihat bersama kamu pengantara-pengantara kamu, orang-orang yang kamu mendakwa untuk menjadi sekutu-sekutu antara kamu. Pertalian antara kamu diputuskan, dan apa yang kamu mendakwakan telah sesat (hilang) daripada kamu."
(balik kepada Allah bersendirian; orang yang dianggap pengantara disifatkan sebagai sekutu Allah)

7:53. Adakah mereka menanti-nanti hanya interpretasinya? Pada hari interpretasinya datang, orang-orang yang sebelumnya yang telah melupakannya, akan berkata, "Sungguh, rasul-rasul Pemelihara kami telah datang dengan yang benar. Adakah bagi kami pengantara-pengantara untuk mengantara bagi kami, atau adakah kami akan dikembalikan untuk membuat selain daripada apa yang kami telah buat?" Sesungguhnya mereka telah merugikan jiwa mereka sendiri, dan apa yang mereka mengada-adakan telah sesat (hilang) daripada mereka.
(orang yang bersalah bertanyakan pengantara baginya)

10:3. Sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Allah yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy, mengarah segala urusan. Tidak ada pengantara, kecuali setelah izin-Nya. Itulah Allah, Pemelihara kamu, maka sembahlah Dia. Tidakkah kamu mengingati?
(syafaat setelah diizin-Nya, atau setelah diberi-Nya)

10:18. Mereka sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak memudaratkan mereka dan tidak juga memanfaatkan mereka, dan mereka berkata, "Mereka ini pengantara-pengantara kami di sisi Allah." Katakanlah, "Adakah kamu memberitahu Allah apa yang Dia tidak tahu, sama ada di langit atau di bumi?" Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka menyekutukan.
(Allah tidak tahu ada pengantara di langit dan di bumi)

19:86. Dan menghalau orang-orang yang berdosa ke Jahanam, dalam keadaan dahaga,
19:87. Dengan tanpa kuasa syafaat (pengantaraan), kecuali orang-orang yang telah mengambil dengan Yang Pemurah perjanjian.

20:109. Pada hari itu, syafaat (pengantaraan) tidak bermanfaat kecuali orang yang kepadanya Yang Pemurah memberi izin, dan ucapannya Dia sangat berpuas hati.
(syafaat tidak berguna kecuali orang yang diizin-Nya - ucapannya)

21:28. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka, dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengantara kecuali kepada orang yang Dia merelai, dan mereka ketakutan dalam mengetakuti-Nya.

26:100. Maka kita tidak ada pengantara,

30:13. Mereka tidak akan ada pengantara-pengantara di kalangan sekutu-sekutu mereka, dan mereka tidak percaya kepada sekutu-sekutu mereka.

32:4. Allah ialah Dia yang mencipta langit dan bumi, dan apa yang di antaranya dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Selain daripada Dia, kamu tidak ada wali (pelindung), dan tidak juga ada pengantara; tidakkah kamu mengingati?
(hanya Allah yang mengantara)

34:23. Pengantaraan tidak bermanfaat di sisi-Nya kecuali kepada orang yang Dia mengizinkan; sehingga, apabila dihilangkan ketakutan daripada hati mereka, mereka berkata, "Apakah yang dikatakan Pemelihara kamu?" Mereka berkata, "Yang benar, dan Dia Yang Tinggi, Yang Besar."
(Dia izinkin, atau yang Dia tolong)

36:23. Apa, adakah aku akan mengambil selain daripada Dia, tuhan-tuhan yang pengantaraannya, jika Yang Pemurah menghendaki kemudaratan untukku, tidak berguna bagiku sedikit pun, dan yang tidak menyelamatkan aku?

39:43. Atau, adakah mereka mengambil pengantara-pengantara selain daripada Allah? Katakanlah, "Apa, walaupun mereka tidak berkuasa sesuatu pun, dan tidak memahami?"

39:44. Katakanlah, "Bagi Allah kepunyaan syafaat (pengantaraan) kesemuanya. Kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi; kemudian kepada-Nya kamu akan dikembalikan."
(hanya Allah mengantara)

40:18. Dan berilah mereka amaran mengenai Hari Yang Dekat, apabila, tercekik dengan penderitaan, hati-hati berada di kerongkongan, dan orang-orang yang zalim tidak ada seorang sahabat setia, dan tidak ada pengantara untuk ditaati.

43:86. Orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak ada kuasa pengantaraan, kecuali orang yang menyaksikan pada yang benar, dan mereka mengetahui.

53:26. Berapa banyaknya malaikat yang di langit yang pengantaraan mereka tidak berguna sedikit pun, kecuali setelah Allah mengizinkan sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia berpuas hati.
(pengantaraan malaikat tidak berguna; izin daripada Allah, atau diberi Allah)

74:48. Kemudian pengantaraan daripada pengantara-pengantara tidak bermanfaat kepada mereka.

No comments:

Post a Comment