Wednesday, November 4, 2009

Kalimat sabar di dalam al-Qur'an

3:200. "Wahai orang-orang yang percaya, bersabarlah, dan berlumba-lumbalah kamu dalam kesabaran, dan berteguhlah, dan takutilah Allah agar kamu beruntung".



Sabar dan terbitannya diterjemah daripada kalimat-kalimat yang akar katanya sad ba ra seperti sabara, sabbar, dan istabara.

Ketika menyemak semula kandungan Bacaan terdapat satu ayat yang tidak mengandungi perkataan "sabar" tetapi hanya maksudnya menurut konteks ayat, iaitu berterusan. Ayat yang dimaksudkan berbunyi,

41:24. Kemudian jika mereka bersabar (berterusan), Apilah menjadi tempat tinggal bagi mereka; dan jika mereka minta diredakan, mereka tidaklah termasuk orang-orang yang diredai.

Justeru perkataan bersabar harus dimasukkan sementara perkataan berterusan yang sedia ada dikurungkan, seperti di atas.

Terdapat satu lagi kesilapan iaitu perkataan benar telah salah ditulis dengan perkataan sabar. Oleh itu, perkataan sabar harus dibuang dan diganti dengan benar, seperti di bawah:

19:41. Dan ingatlah (sebutlah) di dalam kitab, Ibrahim; sesungguhnya dia seorang yang benar, seorang Nabi.

Maaf atas kesilapan yang sudah lama tidak dibetulkan.



Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat sabar adalah seperti berikut:


2:45. Kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat kerana ia adalah sungguh berat kecuali kepada orang-orang yang merendah hati,

2:61. Dan apabila kamu berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan bersabar dengan makanan yang satu macam; mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia mengeluarkan untuk kami daripada apa yang bumi menumbuhkan; herba hijaunya, dan mentimunnya, dan jagungnya, dan kekacangnya, dan bawang merahnya." Dia berkata, "Adakah kamu menukar yang lebih baik dengan yang lebih rendah? Turunlah ke Mesir; kamu akan mendapati di sana apa yang kamu menanyakan." Dan, kehinaan dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah. Itu adalah kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh para Nabi tanpa patut. Itu adalah kerana mereka ingkar, dan mereka mencabuli.

2:153. Wahai orang-orang yang percaya, kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat; sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.

2:155. Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,

2:175. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, dan azab dengan keampunan; betapa sabarnya mereka menahan Api!

2:177. Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu memalingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberikan harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan memerdekakan hamba, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka yang menepati perjanjian mereka, apabila mereka membuat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam kecelakaan, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar.

2:249. Dan apabila Thalut berangkat dengan tentera, dia berkata, "Allah menguji kamu dengan sebuah sungai; sesiapa minum daripadanya adalah bukan daripada aku, dan sesiapa yang tidak merasainya, dia adalah daripada aku, kecuali orang yang menceduk seceduk dengan tangannya." Tetapi mereka meminum daripadanya, kecuali sedikit antara mereka; dan apabila dia menyeberanginya, dan orang-orang yang percaya bersamanya, mereka berkata, "Kami tidak ada kekuatan pada hari ini terhadap Jalut dan tenteranya." Berkata orang-orang yang menyangka bahawa mereka akan menemui Allah, "Berapa kalikah satu golongan yang sedikit telah mengalahkan satu golongan yang banyak, dengan izin Allah? Dan Allah berserta orang-orang yang sabar."

2:250. Maka, apabila mereka pergi kepada Jalut dan tenteranya, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya (kafir)."

3:17. Orang-orang yang sabar, dan orang-orang yang benar, dan orang-orang yang patuh, dan orang-orang yang menafkahkan, dan orang-orang yang meminta ampun pada waktu sebelum dinihari.

3:120. Jika kamu disentuh yang baik, ia menyakitkan hati mereka, tetapi jika kamu ditimpa yang buruk, mereka bergembira dengannya. Namun begitu, jika kamu bersabar, dan bertakwa, muslihat mereka tidak akan memudaratkan kamu sedikit pun; sesungguhnya Allah meliputi apa yang mereka buat.

3:125. Ia, jika kamu bersabar, dan bertakwa, dan jika mereka datang kepada kamu dengan segera, Pemelihara kamu akan membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang menyerang dengan pantas."

3:142. Atau, adakah kamu menyangka bahawa kamu patut masuk Taman tanpa Allah mengetahui orang-orang yang berjuang antara kamu, dan tanpa Dia mengetahui orang-orang yang sabar?

3:146. Dan berapa ramainya Nabi yang bersamanya ramai telah berperang, dan mereka yang ber-Pemelihara tidak menjadi lemah kerana apa yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lemah, dan tidak juga tunduk; dan Allah menyukai orang-orang yang sabar.

3:186. Sungguh, kamu akan diuji dalam harta kamu dan diri-diri kamu, dan kamu akan mendengar daripada orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu, dan daripada orang-orang yang mempersekutukan, gangguan yang banyak; tetapi, jika kamu bersabar, dan bertakwa - sesungguhnya itulah urusan yang patut ditekadkan.

3:200. Wahai orang-orang yang percaya, bersabarlah, dan berlumba-lumbalah kamu dalam kesabaran, dan berteguhlah, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.

4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan mengahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia mengambil pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki; Allah sangat mengetahui mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan berilah mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau mengambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka telah dinikahi dan jika mereka melakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang menakuti penderitaan (dosa zina); dan lebih baik bagi kamu jika kamu bersabar. Allah Pengampun, Pengasih.

6:34. Sesungguhnya rasul-rasul telah didustakan sebelum kamu. Mereka bersabar atas apa yang mereka didustakan, dan disakiti, sehingga pertolongan Kami datang kepada mereka. Kata-Kata Allah tidak dapat ditukar; dan telah pun datang kepada kamu sebahagian berita para utusan.

7:87. Dan jika ada segolongan antara kamu yang percaya kepada apa yang aku diutus dengannya, dan segolongan yang tidak mempercayai, maka bersabarlah kamu sehingga Allah menghakimkan antara kita; Dia yang terbaik daripada para hakim."

7:126. Dan kamu mendendami kami hanya kerana kami percaya kepada ayat-ayat Pemelihara kami apabila mereka datang kepada kami. Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran dan matikanlah kami dalam kemusliman."

7:128. Berkata Musa kepada kaumnya, "Mohonlah pertolongan kepada Allah, dan bersabarlah; sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, dan Dia mewariskannya kepada siapa yang Dia mengkehendaki di kalangan hamba-hamba-Nya. Kesudahannya adalah bagi orang-orang yang bertakwa."

7:137. Dan Kami mewariskan kaum yang dihina, semua yang di timur dan barat bumi yang Kami memberkati; dan sempurnalah pelaksanaan kata Pemelihara kamu yang paling baik kepada Bani Israil, kerana mereka bersabar; dan Kami membinasakan kerja-kerja Firaun dan kaumnya, dan apa yang mereka membangunkan.

8:46. Dan taatlah kepada Allah, dan rasul-Nya, dan janganlah berbalahan, lalu kamu berkecut hati dan hilang kekuatan kamu, dan bersabarlah; sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.

8:65. Wahai Nabi, gesalah orang-orang mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh antara kamu, orang-orang yang sabar, mereka akan mengalahkan dua ratus; jika ada antara kamu seratus, mereka akan mengalahkan seribu orang yang tidak percaya, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami.

8:66. Sekarang Allah meringankan untuk kamu, dengan mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan. Jika ada seratus antara kamu, orang-orang yang sabar, mereka akan mengalahkan dua ratus; jika ada antara kamu seribu, mereka akan mengalahkan dua ribu, dengan izin Allah; Allah berserta orang-orang yang sabar.

10:109. Dan ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu, dan bersabarlah kamu, sehingga Allah menghakimkan; dan Dia yang terbaik daripada para hakim."

11:11. Kecuali orang-orang yang bersabar, dan membuat kerja-kerja kebaikan; bagi mereka, keampunan dan upah yang besar.

11:49. Itu adalah daripada berita-berita ghaib yang Kami mewahyukan kamu; kamu tidak mengetahuinya, dan tidak juga kaum kamu sebelum ini. Maka bersabarlah; kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

11:115. Dan bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan upah orang-orang yang berbuat baik.

12:18. Dan mereka mendatangkan bajunya dengan darah palsu padanya. Dia berkata, "Tidak, tetapi jiwa kamu menghasut kamu untuk melakukan sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis! Dan pertolongan Allah dipohonkan terhadap apa yang kamu menyifatkan."

12:83. Dia berkata, "Tidak! Tetapi jiwa kamu menghasut kamu untuk membuat sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis! Mudah-mudahan Allah mendatangkan mereka kesemuanya kepadaku; sesungguhnya, Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana."

12:90. Mereka berkata, "Mengapa, adakah kamu benar-benar Yusuf?" Dia berkata, "Aku Yusuf. Ini saudaraku. Sungguh, Allah telah berbudi baik kepada kami. Sesiapa bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan upah orang-orang yang berbuat baik."

13:22. Orang-orang yang bersabar, dengan menginginkan Wajah Pemelihara mereka, melakukan solat, dan menafkahkan daripada apa yang Kami merezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, dan yang menolak kejahatan dengan yang baik - bagi merekalah tempat kediaman muktamad,

13:24. "Salamun alaikum, kerana kamu telah bersabar." Sangat baiknya tempat kediaman muktamad.

14:5. Dan Kami telah mengutus Musa dengan ayat-ayat Kami, "Keluarkanlah kaum kamu dari kegelapan kepada cahaya, dan kamu ingatkanlah mereka Hari-Hari Allah." Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang bersyukur (berterima kasih).

14:12. Dan mengapakah kami tidak akan mempercayakan kepada Allah memandangkan Dia telah memberi kami petunjuk pada jalan-jalan kami? Sungguh kami akan bersabar atas apa sahaja yang kamu menyakitkan kami; dan kepada Allah hendaklah semua mempercayakan, orang-orang yang mempercayakan."

14:21. Mereka pergi kepada Allah, kesemuanya; kemudian berkata orang-orang yang lemah kepada orang-orang yang sombong, "Kami adalah pengikut-pengikut kamu; adakah kamu berguna sedikit pun kepada kami terhadap azab Allah?" Mereka berkata, "Jika Allah memberi petunjuk kepada kami, tentu kami memberi petunjuk kepada kamu. Sama sahaja bagi kita; sama ada kita tidak boleh menahan, atau kita bersabar - kita tidak ada tempat lari."

16:42. Orang-orang yang bersabar, dan mempercayakan (tawakal) kepada Pemelihara mereka.

16:96. Apa yang ada pada kamu akan habis, tetapi apa yang ada di sisi Allah kekal; dan sungguh Kami akan membalas orang-orang yang bersabar dengan upah mereka mengikut yang paling baik daripada apa yang mereka telah buat.

16:110. Kemudian, sesungguhnya Pemelihara kamu, bagi orang-orang yang berhijrah setelah dianiaya, kemudian berjuang, dan bersabar, sesungguhnya Pemelihara kamu setelah itu, Pengampun, Pengasih.

16:126. Dan jika kamu membalas, balaslah dengan yang serupa apa yang kamu ditimpa, dan sesungguhnya jika kamu bersabar, ia yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar.

16:127. Dan bersabarlah; kesabaran kamu hanyalah dengan pertolongan Allah. Dan janganlah bersedih terhadap mereka, dan janganlah kamu dalam kesempitan kerana apa yang mereka memperdayakan.

18:28. Dan sabarkanlah diri kamu dengan orang-orang yang menyeru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, dengan menghendaki wajah (sokongan)-Nya, dan janganlah mata-mata kamu berpaling daripada mereka kerana menghendaki perhiasan kehidupan dunia; dan janganlah mentaati orang yang hatinya Kami melalaikan daripada mengingati Kami supaya dia mengikuti keinginannya, dan urusannya melewati batas.

18:67. Berkata, "Sesungguhnya kamu tidak akan boleh bersabar dengan aku.

18:68. Dan bagaimanakah kamu akan bersabar dengan apa yang kamu tidak meliputi dalam pengetahuan kamu?"

18:69. Berkata, "Kamu akan mendapati aku, jika Allah mengkehendaki, bersabar; dan aku tidak akan menentang kamu dalam urusan."

18:72. Berkata, "Tidakkah aku mengatakan bahawa kamu tidak akan boleh bersabar dengan aku?"

18:75. Berkata, "Tidakkah aku mengatakan kepada kamu bahawa kamu tidak akan boleh bersabar dengan aku?"

18:78. Berkata, "Inilah perpisahan antara aku dan kamu. Sekarang aku akan memberitahu kamu interpretasi apa yang kamu tidak boleh bersabar dengannya.

18:82. Mengenai tembok, ia kepunyaan dua anak lelaki muda yang yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta simpanan kepunyaan mereka. Bapa mereka orang salih; dan Pemelihara kamu menghendaki supaya mereka sampai dewasa dan kemudian mengeluarkan harta simpanan mereka sebagai satu pengasihan daripada Pemelihara kamu. Aku tidak melakukannya daripada kemahuanku sendiri. Inilah interpretasi apa yang kamu tidak boleh bersabar dengannya."

19:65. Pemelihara langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya. Maka sembahlah Dia, dan bersabarlah kamu dalam penyembahan kepada-Nya; adakah kamu mengetahui sesiapa yang boleh dinamakan dengan nama-Nya?

20:130. Maka bersabarlah kamu atas apa yang mereka mengatakan, dan lafazlah sanjungan Pemelihara kamu, sebelum terbit matahari, dan sebelum terbenamnya, dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu pada bahagian-bahagian malam, dan pada tepi-tepi siang, supaya kamu sangat berpuas hati.

20:132. Dan suruhlah keluarga kamu bersolat, dan bersabarlah kamu padanya; Kami tidak meminta daripada kamu rezeki, tetapi Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu. Dan kesudahan adalah bagi orang yang bertakwa.

21:85. Dan Ismail, dan Idris, dan Zulkifli; masing-masing termasuk orang-orang yang sabar.

22:35. Orang-orang yang, apabila Allah diingatkan (disebut), hati mereka gementar, dan yang bersabar atas apa sahaja yang menimpa mereka, dan yang melakukan solat, dan menafkahkan daripada apa yang Kami merezekikan mereka.

23:111. Maka pada hari ini, Aku membalas mereka kerana kesabaran mereka; merekalah orang-orang yang menang.”

25:20. Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu para utusan melainkan bahawa mereka memakan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar; dan Kami membuatkan sebahagian kamu menjadi satu cubaan bagi sebahagian yang lain, "Mahukah kamu bersabar?" Pemelihara kamu melihat.

25:42. Sesungguhnya dia hampir-hampir menyesatkan kita daripada tuhan-tuhan kita, tetapi kita bersabar pada mereka." Kelak mereka akan mengetahui, apabila mereka melihat azab, siapa yang lebih jauh sesat daripada jalan.

25:75. Mereka itu dibalas dengan bilik yang tertinggi, kerana mereka bersabar, dan mereka akan menerima di dalamnya salam hormat, "Salam!"

28:54. Mereka ini diberi upah mereka dua kali kerana mereka bersabar, dan menolak kejahatan dengan yang baik, dan menafkahkan (membelanjakan) daripada apa yang Kami merezekikan mereka.

28:80. Tetapi orang-orang, yang kepada mereka diberi pengetahuan berkata, "Celakalah kamu! Ganjaran Allah adalah lebih baik bagi orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan; dan tiada yang akan menerimanya kecuali orang-orang yang sabar."

29:59. Orang-orang yang bersabar, dan mempercayakan (tawakal) kepada Pemelihara mereka.

30:60. Maka bersabarlah kamu; sesungguhnya janji Allah benar; dan janganlah orang-orang yang tidak yakin menggelisahkan kamu.

31:17. Wahai anakku, lakukanlah solat, dan suruhlah yang baik, dan laranglah kemungkaran, dan bersabarlah atas apa sahaja yang menimpa kamu; sesungguhnya itu adalah urusan yang patut ditekadkan.

31:31. Tidakkah kamu melihat bahawa kapal-kapal berlayar di laut dengan rahmat Allah, supaya Dia memperlihatkan kepada kamu sebahagian daripada ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang berterima kasih.

32:24. Dan Kami melantik daripada kalangan mereka imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami apabila mereka bersabar, dan mereka yakin akan ayat-ayat Kami.

33:35. Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang merendah hati dan perempuan yang merendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingati Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingati - bagi mereka, Allah menyediakan keampunan dan upah yang besar.

34:19. Tetapi mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami"; dan mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri, maka Kami membuat mereka hadis, dan Kami menghancurkan mereka berkecai. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang berterima kasih.

37:102. Dan apabila dia telah sampai umur untuk berusaha bersama dia, dia berkata, "Wahai anakku, aku melihat dalam tidurku bahawa aku mengorbankan kamu; renungkanlah; apakah pandangan kamu?" Berkata, "Wahai ayahku, buatlah apa yang kamu diperintahkan; kamu akan mendapati aku, jika Allah mengkehendaki, termasuk orang-orang yang sabar."

38:6. Dan pembesar-pembesar mereka bertolak, "Jalanlah! Bersabarlah pada tuhan-tuhan kamu; ini sesuatu yang dikehendaki.

38:17. Bersabarlah atas apa yang mereka mengatakan, dan ingatlah akan hamba Kami Daud yang mempunyai kekuatan; dia seorang yang kembali.

38:44. Dan, "Ambillah di tangan kamu seikat rumput, dan pukullah dengannya, dan janganlah melanggar sumpah kamu." Sesungguhnya Kami mendapati dia seorang yang sabar. Seorang hamba yang sangat baik! Sesungguhnya dia orang yang kembali.

39:10. Katakanlah, "Wahai hamba-hamba-Ku yang percaya, takutilah Pemelihara kamu. Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini baik, dan bumi Allah luas. Sesungguhnya orang-orang yang sabar akan dibayar upah mereka sepenuhnya tanpa perhitungan."

40:55. Maka bersabarlah kamu; sesungguhnya janji Allah benar, dan mintalah ampun atas kesalahan kamu, dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu pada waktu petang dan awal pagi.

40:77. Maka bersabarlah kamu; sesungguhnya janji Allah benar. Sama ada Kami memperlihatkan kepada kamu sebahagian daripada apa yang Kami menjanjikan mereka, atau Kami mematikan kamu, maka kepada Kami, mereka akan dikembalikan.

41:24. Kemudian jika mereka bersabar (berterusan), Apilah menjadi tempat tinggal bagi mereka; dan jika mereka minta diredakan, mereka tidaklah termasuk orang-orang yang diredai.

41:35. Namun begitu, tiada yang menerimanya, kecuali orang yang bersabar; tiada yang menerimanya, kecuali orang yang mempunyai peruntungan yang besar.

42:33. Dan jika Dia mengkehendaki, Dia menenangkan angin, dan mereka tetap tidak bergerak di atas punggungnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, berterima kasih.

42:43. Tetapi sesungguhnya orang yang bersabar, dan mengampunkan - sesungguhnya itu urusan yang patut ditekadkan.

46:35. Maka bersabarlah kamu, sebagaimana rasul-rasul yang mempunyai tekad bersabar. Janganlah minta disegerakannya untuk mereka - ia seakan-akan, pada hari mereka melihat apa yang mereka dijanjikan, mereka tidak tinggal melainkan sesaat daripada siang hari. Satu penyampaian! Dan tiadalah yang akan dimusnahkan melainkan kaum yang fasiq.

47:31. Dan sungguh, Kami akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang antara kamu yang berjuang dan yang sabar, dan Kami akan menguji berita kamu.

49:5. Dan jika mereka bersabar, sehingga kamu keluar kepada mereka, itulah yang lebih baik bagi mereka; dan Allah Pengampun, Pengasih.

50:39. Maka bersabarlah kamu atas apa yang mereka mengatakan, dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu, sebelum terbit matahari, dan sebelum terbenamnya,

52:16. Pangganglah di dalamnya! Dan bersabarlah kamu, atau tidak bersabar, sama sahaja bagi kamu; kamu hanyalah dibalas apa yang kamu buat."

52:48. Dan bersabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu; sesungguhnya kamu adalah di bawah pengawasan (mata) Kami. Dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu ketika kamu bangkit,

54:27. Kami mengutus unta betina sebagai satu cubaan bagi mereka; maka berjaga-jagalah kamu terhadap mereka, dan bersabarlah.

68:48. Maka bersabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu, dan janganlah menjadi seperti Teman Ikan, apabila dia memanggil, tercekik di dalam dirinya.

70:5. Maka bersabarlah kamu dengan kesabaran yang manis.

73:10. Dan bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka mengatakan, dan tinggalkanlah mereka dengan tinggalan yang manis.

74:7. Dan bersabarlah untuk Pemelihara kamu.

76:12. Dan membalas mereka kerana mereka bersabar dengan sebuah Taman, dan sutera,

76:24. Maka bersabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu, dan janganlah mentaati seorang pun antara mereka, yang berdosa atau yang tidak percaya.

90:17. Kemudian dia termasuk antara orang-orang yang percaya, dan saling berwasiat untuk bersabar, dan saling berwasiat untuk menjadi yang berpengasihan.

103:3. Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.

No comments:

Post a Comment